Tuesday, March 25, 2008

Memilih Insurans Paling Sesuai...

20 - 24 tahun
- Insurans bertempoh
- Berkait - pelaburan

25 - 29 tahun
- Pelan endowmen
- Insurans sepanjang hayat

30 - 34 tahun
- Insurans sepanjang hayat
- Berkait - pelaburan

35 - 39 tahun
- Berkait - pelaburan
- Pelan endowmen

40 - 54 tahun
- Berkait - pelaburan
- insurans bertempoh

55 tahun dan ke atas
- Insurans bertempoh
- Berkait - pelaburan

Jenis - Jenis Insurans Hayat

Insurans Sepanjang Hayat
memberikan perlindungan sepanjang hayat ( sehingga usia 99 tahun atau 100 tahun ).
Mengandungi unsur simpanan menerusi dalam bentuk dividen. Polisi akan mengumpulkan nilai
tunai.

Insurans Bertempoh
melindungi orang yang diinsuranskan untuk tempoh yang tertentu dan membayar manfaat kematian atau hilang upaya kekal apabila ia berlaku dalam tempoh tertentu. Pilihan tempoh adalah 1, 3, 5 atau 10 tahun dan ke atas. Insurans bertempoh ialah jenis insurans hayat yang mempunyai premium yang paling berpatutan. Polisi insurans bertempoh boleh diperbaharui atau ditukar kepada sebarang pelan sepanjang hayat atau endowmen.

Pelan Endowmen
menggabungkan perlindungan dan simpanan. Jumlah perlindungan akan dibayar pada tempoh khusus sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal ( HUKK ). Tempoh polisi ini dikhususkan, seperti 20 tahun, 25 tahun dll. Manfaat matang dibayar pada akhir tempoh polisi bersama dividen atau pendapatan faedah.

Berkait - Pelaburan
premium yang dibayar digunakan untuk membayar caj insurans dan membeli unit dalam dana yang diuruskan oleh syarikat insurans. Harga unit ini adalah berdasarkan prestasi dana. Kelebihan utama pelan ini ialah fleksibiliti dari segi premium, jumlah diinsuranskan dsb.

Tangisan Seorang Anak...


Ayah, bagaimana harusku mulakan,

Kisah penderitaan menimpa hidup kami?

Kau pergi tanpa pesan, segala peninggalan kian menghabis,

Kini, bersama lampu gemelap dan katil usang kami tumpang

hidup dalam bilik sewaan.

Inikah pengalaman yang harus diharungi setiap

anak selepas kehilangan ayah?


Saya tahu, bukan maksudmu untuk tinggalkan kami,

bersendirian mengharungi cabaran.

Saya tahu, ayah sayangkan kami,

ayah memberi segala keperluan tanpa mengira bunga pinjaman,

saya tidak kisah, menghadapi kehilangan dan mengharungi

segala rintang aral, tapi hatiku bimbangkan ibu yang semakin tenat.


Saban hari, membasuh untuk jiran, menjahit sehingga larut malam,

demi menghantar saya ke sekolah, inilah "kebenaran" baginya.

Ayah, saya rindukanmu, saya juga merindui

senyuman ibu yang semakin menghilang,

bagaimanakah harus ku kembalikan kegembiraan kepadanya,

sedangkan diri ini dikerumuni pelbagai pertanyaan...


Semoga semua ayah faham, kami bukan sekadar memerlukan kasih sayang,

kami tidak mahu layanan papa dan sengsara.

Tanpa sebarang persediaan, ayah dibawa pergi kerana menemui ajal,

kami tidak mahu tangisan ibu menemani malam,

kami tidak mahu kebuntuan dengan pertanyaan

" KENAPA AYAH, KENAPA?"


( Ditujukan kepada semua anak yang masih tidak tahu " kenapa" )

Monday, March 17, 2008

10 sebab membeli insurans...

Di sini, saya senaraikan 10 sebab utama mengapa orang membeli insurans hayat:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka.
Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans
hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan
yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli
insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.