Tuesday, March 25, 2008

Tangisan Seorang Anak...


Ayah, bagaimana harusku mulakan,

Kisah penderitaan menimpa hidup kami?

Kau pergi tanpa pesan, segala peninggalan kian menghabis,

Kini, bersama lampu gemelap dan katil usang kami tumpang

hidup dalam bilik sewaan.

Inikah pengalaman yang harus diharungi setiap

anak selepas kehilangan ayah?


Saya tahu, bukan maksudmu untuk tinggalkan kami,

bersendirian mengharungi cabaran.

Saya tahu, ayah sayangkan kami,

ayah memberi segala keperluan tanpa mengira bunga pinjaman,

saya tidak kisah, menghadapi kehilangan dan mengharungi

segala rintang aral, tapi hatiku bimbangkan ibu yang semakin tenat.


Saban hari, membasuh untuk jiran, menjahit sehingga larut malam,

demi menghantar saya ke sekolah, inilah "kebenaran" baginya.

Ayah, saya rindukanmu, saya juga merindui

senyuman ibu yang semakin menghilang,

bagaimanakah harus ku kembalikan kegembiraan kepadanya,

sedangkan diri ini dikerumuni pelbagai pertanyaan...


Semoga semua ayah faham, kami bukan sekadar memerlukan kasih sayang,

kami tidak mahu layanan papa dan sengsara.

Tanpa sebarang persediaan, ayah dibawa pergi kerana menemui ajal,

kami tidak mahu tangisan ibu menemani malam,

kami tidak mahu kebuntuan dengan pertanyaan

" KENAPA AYAH, KENAPA?"


( Ditujukan kepada semua anak yang masih tidak tahu " kenapa" )

No comments: