Tuesday, March 25, 2008

Jenis - Jenis Insurans Hayat

Insurans Sepanjang Hayat
memberikan perlindungan sepanjang hayat ( sehingga usia 99 tahun atau 100 tahun ).
Mengandungi unsur simpanan menerusi dalam bentuk dividen. Polisi akan mengumpulkan nilai
tunai.

Insurans Bertempoh
melindungi orang yang diinsuranskan untuk tempoh yang tertentu dan membayar manfaat kematian atau hilang upaya kekal apabila ia berlaku dalam tempoh tertentu. Pilihan tempoh adalah 1, 3, 5 atau 10 tahun dan ke atas. Insurans bertempoh ialah jenis insurans hayat yang mempunyai premium yang paling berpatutan. Polisi insurans bertempoh boleh diperbaharui atau ditukar kepada sebarang pelan sepanjang hayat atau endowmen.

Pelan Endowmen
menggabungkan perlindungan dan simpanan. Jumlah perlindungan akan dibayar pada tempoh khusus sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal ( HUKK ). Tempoh polisi ini dikhususkan, seperti 20 tahun, 25 tahun dll. Manfaat matang dibayar pada akhir tempoh polisi bersama dividen atau pendapatan faedah.

Berkait - Pelaburan
premium yang dibayar digunakan untuk membayar caj insurans dan membeli unit dalam dana yang diuruskan oleh syarikat insurans. Harga unit ini adalah berdasarkan prestasi dana. Kelebihan utama pelan ini ialah fleksibiliti dari segi premium, jumlah diinsuranskan dsb.

No comments: